Para ulama' menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila seseorang individu itu yakin bahawa jika tidak berkahwin dia pasti akan terlibat dalam kancah perzinaan. Bagi sesetengah individu pula sama ada dengan melakukan ibadah puasa atau ibadah-ibadah yang lainnya masih tidak dapat mencegah atau menahan keinginan nafsunya untuk melakukan zina, maka dalam situasi ini hukum melangsungkan perkahwinan menjadi lebih fardhu.
Menjaga kesucian dan
Menjaga kesucian dan
maruah diri dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama adalah menjadi satu kewajipan setiap muslim. Individu yang berhadapan dengan situasi ini diwajibkan berkahwin demi untuk menjaga kehormatan diri dan agama, ini kerana perkahwinan sahajalah yang dapat menghalangnya dari melakukan perbuatan zina. Selain dari itu individu tersebut juga mestilah berkemampuan untuk menyempurnakan mas kahwin, nafkah untuk isteri serta lain-lain tanggungjawab sebagai seorang suami dalam sebuah rumah tangga seperti yang dituntut oleh syara'.
0 Response to "Hukum fardhu berkahwin"
Posting Komentar