Hukum makruh berkahwin

Sesuatu perkahwinan itu dianggap makruh apabila seseorang itu merasa bimbang bahawa berkemungkinan dia akan melakukan kezaliman atau kekerasan serta tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab atau memberikan keadilan ke atas diri isterinya tetapi kebimbangannya itu tidaklah sampai ke tahap pasti atau benar-benar yakin. Kebimbangan kepada sifat buruknya itu hanyalah
berdasarkan kepada kemungkinan sahaja di mana ianya mungkin benar berlaku atau mungkin juga tidak akan berlaku.

Bagi pendapat Imam Syafie beliau mengatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi makruh apabila seseorang lelaki yang berkahwin itu berada dalam keadaan uzur yang serius, seperti faktor usia yang terlalu lanjut atau masalah kesihatan seperti mati pucuk ataupun mengidap penyakit yang tidak mungkin sembuh.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hukum makruh berkahwin"

Posting Komentar