Ramai di kalangan umat islam pada masa kini lebih cenderung untuk mempelajari ilmu-ilmu tilawah Al-Quran seperti ilmu tajwid, ilmu qiraat, tarannum dan sebagainya. Walaupun ianya penting, tetapi mengamalkan isi kandung Al-Quran itu perlulah lebih diutamakan. Di dalam kesibukan masyarakat kini dalam mencari keselesaan duniawi, pastinya ramai yang terlupa akan kehebatan dan keagungan kitab suci Al-Quran. Sebagai seorang muslim, tiada nikmat yang lebih berharga pemberian Allah s.w.t melainkan nikmat Iman & Islam. Tiada apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya melainkan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan yang demikian, kita perlulah memanfaatkan harta yang tidak ternilai ini dengan sebaik-baiknya dengan mempelajari dan memahami isi kandung Al-Quran seterusnya mengamalkannya agar kita tidak akan tersesat daripada jalan yang diredhai Allah. Apakah tujuan ebook ini dihasilkan? Tujuan ebook ini dihasilkan adalah untuk menarik minat masyarakat mempelajari Al-Quran dengan mengkaji isi kandungnya. Secara tidak langsung ia juga dapat menggalakkan orang ramai untuk menjadikan pembacaan sebagai amalan harian mereka. Fakta-fakta yang terkandung di dalam ebook ini juga amat jarang dikaji atau dibukukan. Oleh itu, segala maklumat-maklumat yang terkumpul ini dibukukan untuk manfaat bersama. Gambaran keseluruhan mengenai ebook ini:
|
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 Response to "Ebook Terbaru!"
Posting Komentar