Doa solat istikharah


Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Pengertian SembahyangPengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan. Dari segi syara' pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang … Read More...
  • Bilangan binatang aqiqahUlama' Syafie dan Hanbali berpendapat bilangan aqiqah untuk seorang anak lelaki adalah 2 bahagian ataupun 2 ekor kambing sedang bilangan aqi… Read More...
  • Hikmah HajiBanyak maksud-maksud Al-Quran dan hadis-hadis nabi, yang menghuraikan keistimewaan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah, diantaranya ial… Read More...
  • Hukum menjalankan aqiqahUlama' Syafie mengatakan hukum melakukan aqiqah ini adalah sunat bagi mereka yang wajib membelanjakan nafkahnya dalam sesebuah keluarga. Bag… Read More...
  • Hak-hak wanita dalam masa ber'iddah1. Adalah menjadi hak bagi setiap wanita yang wajib ditunaikan oleh suaminya ketika berlaku perceraian, sama ada cerai talak atau cerai kema… Read More...

0 Response to "Doa solat istikharah"

Posting Komentar